Kuala Terengganu 2020

✎dya nasir |⊙Tuesday, November 17, 2020| ☑

 


Hari Pertama

Pertengahan Oktober yang lepas dya dan family telah pergi ke Kuala Terenggu. Sebenarnya kitaorang ke Terengganu untuk rombongan meminang untuk adik lelaki dya. so dah alang-alang tu terus berjalan di Terengganu. Disebabkan family dya ni agak ramai so sewa dua homestay di area Kuala Terengganu. Alhamdulillah rumah pun dekat-dekat. dalam satu taman juga.



Hari pertama bertolak tu terus ke rumah tunang adik lelaki dya di Dungun. tapi disebabkan kitaorang sampai sebelum tengahari terpaksalah singgah Paka sebab pantai kat situ dekat dengan rumah tunang adik dya. Alhamdulillah. semua berjalan dengan lancar. Jam 4 kami terus bertolak ke Kuala Terengganu dan check in. Malam tu kami just berehat saja di rumah. Makan malam pun ayah dya dah order awal-awal. so malam tu semua berkumpul di homestay dya stay untuk makan malam. 




Hari Kedua

Untuk sarapan pagi ayah dya dah order makanan awal-awal. so lepas breakfast terus ke Pasar Payang. Actually first time dya sampai kat Pasar Payang. Sebelum ini pernah sampai tapi pergi bangunan yang lama. so bangunan yang baru ini tak perlu nak naik tangga. Lepas ke pasar payang pada mulanya nak singgah Chinatown untuk bergambar tapi disebabkan konvoi dan susah parking terpaksa ke Next destination iaitu Taman Tamadun Islam untuk naik river cruise. Kalau anda ingin ke Chinatown dan dari Pasar Payang better anda jalan kaki saja. Lebih mudah.

 

Untuk beli tiket cruise anda boleh beli di website Taman Tamadun Islam ataupun beli di kaunter. Dya time tu sebab last minit so beli tiket dikaunter. Disebabkan kami ramai, so bayar harga untuk group. so dalam cruise tu kami satu family. Time bergambar tu tak adalah nak malu-malu.hehe Tempat ni berdekatan dengan Masjid Kristal. Sebelah bangunan je.

 

Nanti cruise akan berhenti dibawah Drawbridge untuk bergambar. Bab bergambar ni memang laju je masing-masing lagi-lagi dalam cruise tu tak bercampur dengan orang lain.  

 

Harga Tiket Cruise

Dewasa - RM 20 

Senior Citizen / Kanak - kanak- Rm 16 

 


Untuk makan tengah hari pula kami makan di area Waterfront, Kuala Terengganu. Kat situ ada jual nasi ayam dengan ayam penyet. Seterusnya kami ke Drawbridge dan Pantai Miami. Pada mulanya ingin singgah di Terengganu drawbridge Gallery, nak tengok pemandangan dari atas drawbridge. Disebabkan kesuntukan masa jadi kami terus Pantai Miami untuk bergambar. Pantai Miami, Seberang Takir bersebelahan dengan Terengganu Drawbridge. Tak sampai lima minit dah sampai. Tapi tak silap dya kalau nak naik Drawbridge Gallery, Ticket adalah RM 5 per person.



Next, Kami ke Pok Nor Satar. Jika anda ke Terengganu boleh singgah makan satar di sini. Tempat wajib singgah kalau ke Terengganu. Satar kat sini sedap. Walaupun dah sejuk tapi bila makan still sedap. Kat sini ada jual Satar Frozen. Bila nak makan kat rumah tu just panaskan sekejap je. Ikutkan plan asal nak makan Ikan Celup Tepung tapi disebabkan dah maghrib dan masing-masing pun dah letih, kami terus balik ke homestay.

 

Alamat :

Pok Nor Satar : 7708 Kampung Padang Polis Batu Rakit 21020 Batu Rakit, Terengganu, Malaysia

  

Hari Ketiga

 


Lepas breakfast kami terus check out dan terus ke Dynar Lekor Buluh Gading. Di sini ada jual Kerepok losong frozen dan rebus. Tapi kalau nak beli keropok baru lepas rebus kena tunggu lama sikit. Untuk Dine – in pun boleh. Sementara tunggu keropok bolehlah beli keropok goreng.Disitu ada jual keropok biasa, atau cheese.

 

Next, Misi mencari Keropok Lekor di Kemaman. Hehe. Di Kemaman dya suka beli keropok lekor rebus di Keropok Lekor Sakinah. Pastu makan macam tu je. Bila dah simpan keropok tu kt freezer bila masa goreng sedap lagi keropok ini berbanding dya beli keropok di Dynar Lekor. Hehe. Bila rebus balik pun keropok kat sini lagi sedap. Hehe. Disebabkan kemaman dan cherating terlalu dekat so petang tu singgah di Pantai Cherating sambil makan keropok lekor dan satar. Hehe.

 



Alamat :

Dynar Lekor Buluh Gading : Lot 8338, Kampung Buluh Gading, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu

Keropok Lekor Sakinah : Kampung Chendor Sempadan 26080 Kemaman, Terengganu, Malaysia


2 comments:

Dah baca jangan lupa komen ye..
Satu pun jadi lah..😀

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page