Kuantan Short Road Trip

✎dya nasir |⊙Friday, September 04, 2020| ☑




Kali ini dya nak share short trip 2 hari 1 malam di Kuantan, Pahang. Actually ni trip santai. Kami sampai di bandar Kuantan jam 10 pagi. Tempat pertama singgah mestilah di Kuantan Pickers & Kedai Kopi.



KUANTAN PICKERS & KEDAI KOPI


Disini tempat dia memang antik dan hipster. Meja dan Kerusi pun antik. Ada meja dan kerusi sekolah. ada satu sudut tu poster coca cola yang lama. kalau tak silap zaman 80an. Dya pun tak lahir lagi. Ada satu sudut penuh dengan mainan lama-lama dan ada typewriter.



Disini ada pelbagai jenis menu sarapan pagi boleh pilih. Dya order Mee rebus dan Kopi Vietnam. Untuk makanan di sini bagi dia biasa je. Air kopi Vietnam pun sama tak berapa kaw kopi tu. tapi yang bestnya bila makan di sini ada live band. so sambil makan tu kita boleh dengar music. If korang ingin ke sini boleh waze Kuantan Pickers & Kedai Kopi. Kedai ini satu jalan ke Kula Cakes.


Alamat : 22, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang



KULA CAKES


Di sini kitaorang pergi dua hari. Hari pertama tu kitaorang pergi selepas brunch di Kuantan Pickers & Kedai Kopi. dah alang-alang tu singgah beli kek untuk picnic di tepi Pantai. Hari pertama beratur tu tak berapa ramai orang so beratur pun kejap je. Tak sampai setengah jam dah dapat beli.


Hari Kedua kitaorang singah lagi sebab nk bawa balik KL. tapi bila sampai tu orang dah beratur panjang. so hampir satu jam juga lah kitaorang beratur. Di sini kitaorang order kek paling famous di Kula Cake iaitu Mango cheesecake (RM8.90). dan kitaorang order Nutella Pavlova. Pavlova pun sedap tak berapa manis.

Alamat : 96, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang



PANTAI TELUK CEMPEDAK, KUANTAN


Di sini pun kitaorang pergi dua kali. Hari pertama tu just jalan-jalan untuk bergambar. tapi bila jalan ke belah atas tu banyak betul monyet. sempatlah makan aiskrim Mcd sambil dengan dengar ombak pantai. Di sini sesuai untuk bawa family jalan-jalan.



Hari Kedua kitaorang singgah lagi tapi singgah untuk ke Starbuck, Pantai Teluk Cempedak situ pula. sebab hari sebelum tu fikir macam tak sempat nak picnic kalau dah lepak starbuck. Tapi tulah macam biasa kena beratur dahulu dan cek suhu. Untuk korang yang ada plan ke sini bolehlah singgah Starbuck. sambil minum sambil OOTD. hehe.


PANTAI PELINDUNG, KUANTAN (SKY MIRROR REFLECTION)


Kitaorang sesat masa otw nak pergi sini. Maps bawa ke kawasan perumahan.bila sampai tu kitaorang macam pelik sebab tak nampak pantai. so terpaksalah google tempat ni. Alhamdullilah jumpa. Bila sampai je di Pantai pelindung baru perasan tempat ni dekat sangat dengan Pantai Teluk Cempedak. Tak sampai 5minit if dari Pantai Teluk Cempedak.


Disini memang tak ramai orang yang ada cuma nelayan yang baru sampai tepi pantai. tapi tulah kitaorang sampai air dah surut so tak berapa nampak reflection tu. hehe. yang bestnya disini lepak tepi pantai sambil layan perasan.hehe.


Alamat : Kg Pelindung (Beserah), 25000 Kuantan, Pahang.



ANA IKAN BAKAR PETAI

Sebelum balik tu singgah makan di Tanjung Lumpur. Actually ni first time kitaorang makan kat sini. so kitaorang order ikan bakar sambal petai, tomyum dan juga sayur. ni kira makanan tengahari dan makan malam. sebab makan lambat.


Alamat :Jalan Tanjung Lumpur, Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang



PICNIC

Petang tu kitorang berkelah di kawasan pantai di Timurbay Seafront Apartment. Angin pada masa tu sedikit kuat so makanan akan masuk pasir. Kek yang kitaorang beli di Kula Cake pun masuk sedikit. Sedih jugalah tak dapat makan. Tapi pagi-pagi sesuai untuk berpicnic, angin tak kuat. nak tangkap gambar pun gambar nampak cantik je.






9 comments:

  1. Famous betul Kula Cakes tu kan :)

    ReplyDelete
  2. wah estnyaa memang dah lama nak pergi pahang tapi jauh nau

    ReplyDelete
  3. Bestkan PKPP? heheh sebab finally dah boleh outing with family and friends haha ;)
    .
    Oh yaa, Subhanallah cantiknyaaa gambar-gambar short trip ni.

    ReplyDelete
  4. wah best nyaa dapat jalan2 dengan kawan :D

    ReplyDelete
  5. macam best jer..

    sesuai untuk tempat berbula madu

    ReplyDelete
  6. Kuantan pun tempat makan best2 skarang..

    ReplyDelete
  7. Pahang pun sy lom sampai. Cepat la negara pulih dr virus corona 😭😭😭

    ReplyDelete

Dah baca jangan lupa komen ye..
Satu pun jadi lah..😀

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page