DAY TRIP KL - BELOW RM50

✎dya nasir |⊙Friday, June 12, 2020| ☑

This time, dya nak share my trip kat KL tapi trip ni dya pergi dua minggu sebelum PKP. Ini pun ada beberapa tempat tak sempat pergi.




   
Kitaorang ambil azam di ah Central Market/ Pasar Seni. Actually almost 10years tak pergi pasar seni. Untuk ke Central Market/ Pasar Seni. boleh naik MRT atau Lrt Putra. Kat sini kitaorang ambil azam. Lepas jumpa azam kitaorang terus ke kedai bunga. Plan asal memang nak bergambar dengan bunga. tapi tulah bila dah beli simpan je bunga tu dalam kereta. 

     

   


Next, kitaorang brunch di area Setapak. Kalau ikut plan asal sepatutnya nak lunch di Capital Cafe di Jln Tar tapi bila nak waze, kedai tu tutup pada hari ahad. Disebabkan masing-masing sudah kenyang so bolehlah sambung berjalan ke Batu Caves. Parking sekali masuk RM 2. Mula-mula tu kitaorang nak park kereta kat luar sebab ingat kat luar parking free tapi bila dah park, ada pula orang datang minta duit parking. Disebabkan rasa macam tak berbaloi, kitaorang park juga kat dalam. Nasb baik pusing balik dekat sikit nak berjalan daripada park kat luar jalan jauh pastu ambil kesempatan nak duit parking. Di Batu Caves, kitaorang bergambar kat bawah je tak larat nak naik sampai atas.At least ada juga memori datang situ. Then kitaorang singgah Masjid Wilayah untuk solat Zuhur. Azam sempatlah bawa CH masuk dalam masjid. 

  


Next Destination Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia. Sini masuk adalah percuma tapi masa dya pergi sebelum masuk kena cek suhu badan dan kena isi form(Kes covid). Parking kt sini dya tak tahu berapa sebab masatu kitaorang just park kat luar je. Muzium ni memang sesuai untuk bawa budak-budak. Kat sini kita boleh lihat dari pengunaan duit syiling ke Fintech dimana sekarang hujung jari.




   


      

   
Disebabkan dah penat bergambar kitaorang decided untuk Hi Tea di Luckin Kopi. Cafe ni dekat dengan Pasar Seni. U'olls patut try minum coffee kat sini. Recommended. Next kitaorang ke Kwai Chai Hong. Mula-mula ingat nak pergi ke tempat ni kena naik kereta tapi bila waze tak sampai 5minit jalan. Tempat ni belakang lorong Cafe Luckin Kopi. Bila korang ke Cafe Luckin Kopi boleh lah singgah Kwai Chai Hong untuk bergambar. 

  
   

  
  

Next ke Dataran Merdeka. Singgah sekejap sebab ada dalam kalangan kitaorang tak pernah sampai sini lagi. Lepak kat situ sekejap sambil tangkap gambar. Kat sini dalam setengah jam then terus ke Farenheit88. Actually nk pergi Selfie Museum kat Farenheit tapi bila dah sampai sana baru tahu tempat tu dah tutup untuk selama-lamanya. Sempatlah singgah beli aiskrim turkey. 


 

Tempat terakhir ada Saloma Bridge. Disini masuk adalah percuma. Alhamdulillah, nasib baik senang nak cari parking. Masa sampai kat atas tu memang sedikit terkejut bila tengok ramainya orang kat sini. So kitaorang berjalan ke depan sikit nak cari port bergambar. Dapatlah juga bergambar daripada tak ada. Tamatlah sudah Day trip dari kami berempat.




    

Terima kasih sudi baca 

















9 comments:

  1. Seronok jadi pelancong di KL dan pusing-pusing tempat menarik.

    ReplyDelete
  2. Semua tempat menarik dan belum explore lagi. Kalau ke CM pun cuma park je sebab ke Petaling Street beli bunga je.

    ReplyDelete
  3. cantik saloma bridge tu kan

    follow ya

    ReplyDelete
  4. wak dh lama x panjat tangga batu caves tu., huhuhu

    ReplyDelete
  5. Bila baca entry ni baru perasan dah lama gila tak explore KL. Sebab biasanya tempat paling dekat itu yang paling payah nak pergi (Sha lah tu haha). CM lain betul sekarang, dulu zaman sekolah hidup segan mati tak mau je nampak. Saloma Bridge pun Sha tak pernah jejak lagi. Nampaknya kena mengulang memori redah KL lepas ni :)

    ReplyDelete
  6. wow..menarik juga ...

    saya teringin juga nak pergi

    ReplyDelete
  7. Sakan sungguh tengok gambar-gambar tu.
    Dah lama tak playing tourists macam nih!

    ReplyDelete
  8. gambar cantik, tmpt pun best 👍👍👍

    ReplyDelete
  9. lama dah tak ke KL..rindu pulak

    ReplyDelete

Dah baca jangan lupa komen ye..
Satu pun jadi lah..😀

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

| Top of page